Cara
masak nasi lemak sukatan untuk 10 orang
Bahan-bahan :
1. 1 kg beras
2. ½ kg santan pekat
3. 1 liter air
4. 1 sudu garam
5. Daun pandan
Cara
masak nasi lemak sukatan untuk 30 – 40 orang
Bahan-bahan :
1. 3 kg beras
2. 1 kg santan pekat
3. 3 liter air
4. 3 sudu besar garam
5. Daun pandan
Cara
masak nasi lemak untuk 55 – 60 orang
Bahan-bahan :
1. 5 kg beras
2. 1 ½ kg santan pekat
3. 5 liter air
4. 5 sudu besar garam
5. Daun pandan
Cara
penyediaan :
Tanak
#1. Basuh beras dan toskan. Masukkan
santan ke dalam periuk nasi bersama air, garam dan daun pandan. Didihkan hingga
berbuih kecil. Kemudian masukkan beras dan kacau hingga sebati. Lalu, anda
bolehlah alihkan periuk ke dalam ‘rice cooker’ dan tunggu hingga nasi masak.
Selepas nasi masak, kacau nasi tadi agar ia sebati dan berderai cantik.
Kukus
#1. Basuh beras dan toskan. Masukkan
santan ke dalam periuk nasi bersama air, garam dan daun pandan. Didihkan hingga
berbuih kecil. Kemudian masukkan beras dan kacau hingga sebati. Teruskan kacau
nasi hingga nasi agak kering. Sementara itu, anda bolehlah panaskan periuk
kukus. Apabila air periuk kukus mendidih, masukkan nasi tadi ke dalam periuk
dan kukus selama 15 – 20 minit atau hingga nasi masak.
No comments:
Post a Comment