Followers

Tuesday 4 May 2021

Inti tart Nenas dan biskut tart nenas

Inti Tart Nenas Bahan bahan: 1 kg parutan nenas - tanpa air 1/2 kg gula pasir Air nenas Kayu manis & bunga cengkih Daun pandan Pewarna kuning Cara cara: Selepas diparut, ditapis dan ketepikan air. Tujuan ditapis adalah untuk mendapatkan berat isi nenas dan menentukan jumlah gula yang digunakan.Jika parutan agak kasar, bolehlah dikisar seketika dengan menggunakan air nenas tadi menggunakan blender.Tuangkan bahan kisar tadi ke dalam periuk. Masukkan kayu manis, bunga cengkih dan daun pandan. Masukkan sedikit pewarna kuning. Masak hingga kering dan nenas tak melekat pada daun pandan Biskut Tart Nenas Bahan bahan: 250 gm mentega 300 gm tepung gandum 50 gm gula kaster 40 gm tepung jagung 1 sudu kecil esen vanilla Sedikit kuning telur + sedikit air + pewarna kuning - sapuan Cara cara: Satukan semua bahan dan uli dengan menggunakan tangan sahaja.Masukkan dalam acuan dan picit. Letakkan inti dan gulung.Sapukan sedikit kuning telur. Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 25 mini

No comments:

Post a Comment

Some of the creation