Followers

Sunday 2 May 2021

SAMBAL TOTOK JAWA Bahan-Bahannya: -Segenggam ikan bilis -10-15 biji cili padi kampung -3 biji cili merah-di potong-potong sebelum digoreng -1 biji bawang merah - dihiris -3 ulas bawang putih - dihiris -Minyak untuk menggoreng -Garam & sedikit gula -Limau kasturi -ikut suka Cara-caranya: Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan toskan.Goreng seketika bawang merah dan putih , angkat dan toskan. Kemudian goreng cili padi dan cili merah tadi. Pastikan anda menutup kuali, kalau tidak cili padi akan meletup-letup. Tumbuk kesemuanya kecuali ikan bilis hingga lumat.Masukkan ikan bilis goreng dan tumbuk kasar-kasar sahaja.Perahkan limau kasturi mengikut citarasa anda. *** kalo tak nak letak limau kasturi pun tak pe..hihi

No comments:

Post a Comment

Some of the creation