Followers

Tuesday 4 May 2021

Tahu Sumedang

RESEPI TAHU ISI SUMEDANG MEDAN with Kuah SOS HITAM ----------------********-----------------********--------------- Bahan A Tahu indon secukupnya...Potong 2 dan goreng hingga garing (kalau susah nak jumpa tahu indon,tahu biasapun boleh) Bahan B ISI TAHU Kacang buncis potong serong atau ikut selera Carrot dipotong dadu atau serut kasar Soun rendam dan gunting pendek Dada ayam goreng dan suir2/siat2 Bwng merah secukupnya Bwng putih setengah dari jmlh bwng merah Kecap pekat sedikit Sos tiram secukupnya Cili padi hijau / merah utk hiasan Tumis bawang merah dengan minyak masak secukupnya,lalu masukkan bwng putih,tumis sampai harum..masukkan satu persatu bahan sayuran kecuali cili api Tumis sampai layu dan masukkanbsemua kecap dan sos tiram,garam,chicken powder dan sedikit gula Masak sampai setengah matang sahaja Angkat dan sejukkan Tahu goreng dikeluarkan isinya dari satu sisi dan masukkan isi tahu tadi kedalam sayuran inti dan gaul rata Isi penuh tahu dgn isi sayuran dan ketepikan dulu Tepung Pencelup tahu - tep gandum 1 cawan - tep ubi 1 cawan - baking powder 1 sdt - telur sebiji - garam secukupnya - serbuk kunyit atau pewarna kuning sedikit - air secukupnya Campurkan semua jadi satu dan gaulkan dgn air sampai tepung celupan pekat seperti buat tep goreng pisang Panaskan minyak...Celupkan tahu yang dah diisi inti tadi kedalam tep celupan...dan goreng dgn minyak panas yg banyak Goreng sampai kuning keemasan KUAH SOS HITAM - asam jawa 50 gr - gula merah atau gula melaka seketul - air 1000 ml - cili api 10 biji..kalau nak pedas letak lebih - bawang putih 5 ulas - secubit garam atau secukupnya - note ... Cili api dan bwng merah dihaluskan Remas2 asam jawa dgn air dan tapis Masak air asm jawa dan gula melaka dan tapis Rebus balik dan campurkan cili dan bwng putih yg dah dihaluskan tadi Masak sampai mendidih dan perasakan dgn garam...masak sampai pekat Atau boleh juga pekatkan sedikit dgn tep jagung yang telah dilarutkan dgn air Masak lagi sampai mendidih

No comments:

Post a Comment

Some of the creation